Khamis 29 September 2016 07:25 AM
home contact us sitemap EN Reduce Font Default Font Large Font Warna Tema :
Latarbelakang :
Laman Utama
Portal ePBT Online

Selamat Datang ke Portal ePBT Online.

Portal ini telah diwujudkan untuk kemudahan orang ramai berinteraksi secara Internet atau elektronik terhadap perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak PBT tanpa mengira waktu, jarak dan sempadan.

Pengguna boleh membuat semakan Akaun Lesen, Akaun Sewaan, Aduan dan Bayaran  melalui pilihan menu yang telah disediakan di laman Utama Portal.

Terima kasih kerana melawat Portal ePBT Online...

Kata Aluan Pengarah

Assalamualaikum, Salam 1Malaysia,

Salam Sejahtera dan Selamat Datang ke Portal ePBT-online Rasmi Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).

Sebagai sebuah Jabatan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, tugas utama JKT ialah membantu Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara untuk mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanannya dalam memberi perkhidmatan yang diperlukan ke arah mempertingkatkan kualiti hidup penduduk dalam kawasan PBT

Bagi mencapai matlamat tersebut, JKT menggubal, menyelaras dan memantau dasar-dasar serta peraturan-peraturan berkaitan kerajaan tempatan disamping menyediakan khidmat nasihat dan input teknikal, khasnya mengenai aspek-aspek kesihatan dan pembinaan bangunan kepada semua PBT.

JKT juga telah menyediakan Portal ePBT yang menyenaraikan semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh semua PBT di Malaysia termasuk kemudahan muat turun borang dan juga senarai PBT yang menawarkan perkhidmatan atas talian (online). Portal OSC (Pusat Setempat) pula memberikan kemudahan kepada umum untuk menyemak status permohonan cadangan pemajuan yang dikemukakan di Unit OSC PBT.

Adalah menjadi harapan saya, Web Mobile JKT ini digunakan sepenuhnya untuk penyebaran dan perkongsian maklumat berkenaan dengan kerajaan tempatan dalam dan luar negeri. Dengan itu kami mengalu-alukan sumbangan idea anda di samping pandangan dan maklumbalas yang membina.

Sekian, Wassallam.

DATO' DR. AB RAHMAN BIN AWANG

 
Maklumbalas
Nama:
Emel:
Kategori:
Mesej:
Modul Tempahan Portal ePBT Online
Modul Tempahan

Portal ePBT Online merupakan satu pilihan saluran yang membenarkan orang awam membuat permohonan tempahan kemudahan awam seperti (dewan/gelanggang/padang/peralatan) secara online di setiap PBT. Pengguna Awam juga boleh membuat semakan jadual tempahan serta semakan status permohonan tempahan dan status bayaran di samping mencetak penyata tempahan untuk bayaran dan rujukan.
 
Paparan Terbaik dengan resolusi 1024 x 768 menggunakan Firefox v3.0 dan keatas Resolution  Plug In yang disyorkan Flash Player  Adobe Reader