Assalamualaikum, Salam 1Malaysia,
Salam Sejahtera dan Selamat Datang ke Portal ePBT-online Rasmi Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).
Sebagai sebuah Jabatan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, tugas utama JKT ialah membantu Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara untuk mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanannya dalam memberi perkhidmatan yang diperlukan ke arah mempertingkatkan kualiti hidup penduduk dalam kawasan PBT
Bagi mencapai matlamat tersebut, JKT menggubal, menyelaras dan memantau dasar-dasar serta peraturan-peraturan berkaitan kerajaan tempatan disamping menyediakan khidmat nasihat dan input teknikal, khasnya mengenai aspek-aspek kesihatan dan pembinaan bangunan kepada semua PBT.
JKT juga telah menyediakan Portal ePBT yang menyenaraikan semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh semua PBT di Malaysia termasuk kemudahan muat turun borang dan juga senarai PBT yang menawarkan perkhidmatan atas talian (online). Portal OSC (Pusat Setempat) pula memberikan kemudahan kepada umum untuk menyemak status permohonan cadangan pemajuan yang dikemukakan di Unit OSC PBT.
Adalah menjadi harapan saya, Web Mobile JKT ini digunakan sepenuhnya untuk penyebaran dan perkongsian maklumat berkenaan dengan kerajaan tempatan dalam dan luar negeri. Dengan itu kami mengalu-alukan sumbangan idea anda di samping pandangan dan maklumbalas yang membina.
Sekian, Wassallam.
DATO' NOOR-IHSAN BIN HAJI CHE MAT